Vivo Akan Melancarkan Model Terbaharu Vivo V5s

Vivo akan memperkenalkan model terbaharu yang dikenali sebagai Vivo V5s, iaitu naik taraf dari model sebelumnya Vivo V5. Majlis pelancaran di Malaysia akan dilancarkan pada 3 Mei 2017.

Jadi eRing ingin berkongsi spesifikasi ringkas Vivo V5s sebelum ianya dilancarkan secara rasmi:-

  • Android 6.0 Marshmallow
  • Paparan antaramuka FunTouch 3.0
  • Cip pemproses MediaTek MTK6750, lapan teras 1.5GHz
  • Storan dalaman 64GB
  • RAM 4GB
  • Sokongan memori tambahan (microSD sehingga 256GB)
  • Paparan jenis IPS LCD 5.5 inci 720p Corning Gorilla Glass
  • Kamera depan 20 Megapiksel dengan fungsi Selfie Softlight
  • Kamera belakang 13 Megapiksel bersama LED flash
  • Bateri dengan kapasiti 3000mAh
  • Warna Emas dan Emas Ros

Kami tidak dapat melihat perbezaan ketara pada model V5s ini, cuma pada ruangan storan sahaja. Apa-apa pun kita tunggu artikel selanjutnya apabila dilancarkan 5 Mei 2017. Nantikan!

You might also like