Soul Invibe Dengan Fon Telinga Tanpa Wayar

Jenama Soul yang berasal dari Michigan, Amerika Syarikat telah memperkenalkan Soul Invibe iaitu sebuah fon telinga bersaiz yang kecil dan sangat ringan. Aksesori tanpa wayar ini memberikan keselesaan kepada pengguna supaya tidak merasa janggal apabila memakainya. Soul Invibe telah terbina dengan mikrofon dalaman serta kalis peluh dengan teknologi Nano Coating.

Pastinya alat yang kecil ini tidak mempunyai bateri yang besar, cuma 3 jam masa bermain dan 45 jam masa menunggu. Justeru, ia tersedia dengan dok pengecas dan powerbank semua dalam satu sebagai menyokong kuasa tambahan. Anda boleh layari Facebook Soul Electronics dan dapatkannya di kedai terpilih dalam warna Hitam dengan harga RM650 sahaja.

You might also like