
Kaki game sila alert!! Pratempahan bagi peranti terbaharu MSI yang dikenali sebagai MSI GE66 Dragonshield Limited Edition kini bermula.

Peranti ini di datangkan dengan Dragonshield spaceship model istimewa, tetikus, mousepad dan Colie Wertz design album dan pakej ini hanya tersedia bagi 3000 set secara global dan bernilai RM1025.
Dari aspek dalaman, peranti ini tampil dengan pemproses Intel Core i9 dan dipadankan dengan NVIDIA RTX 2070. IA turut hadir dengan memori 32GB 3200MHz dan 1TB bagi soran. Paparan juga sangat baik apabila ia hadir dengan 240Hz dan disertakan dengan keupayaan penyejukkan yang baik iaitu MSI Cooler Boost 5.

Peranti ini tersedia bagi pra-tempahan bermula 26 September sehingga 4 Oktober pada harga RM13499!!

