Tawaran Rebat Tunai RM100 Bagi Setiap Pra-Tempahan OPPO F11 Pro – Sehingga 29 Mac 2019

Pakar swafoto OPPO F11 Pro telah pun dilancarkan di Malaysia pada 19 Mac 2019 yang lalu, sesi pra-tempahan juga sedang berlangsung dengan pelbagai tawaran menarik diberikan.

Tawaran hebat kini lebih meriah lagi kerana pihak OPPO akan menawarkan potongan rebat tunai sebanyak RM100 bagi setiap pra-tempahan yang bakal tamat pada 29 Mac. Bermakna, anda boleh dapatkan F11 Pro hanya dengan membayar RM1,299 di samping boleh membawa pulang hadiah menarik bernilai RM347.

Lebih excited lagi, OPPO akan memberi tiket Hot Air Balloon Fiesta 2019 di Putrajaya secara percuma kepada 12 pelanggan pertama yang membuat pra-tempahan F11 Pro dan mereka juga berpeluang menaik bersama duta OPPO Fattah Amin.

Di samping, 20 pelanggan pertama yang mengambil peranti mereka dari OPPO Official Concept Store semasa jualan pertama, berpeluang mendapatkan autograph serta bergambar dengan Fattah Amin.

 

You might also like