Siri HUAWEI P30 Bakal Tiba Di Pasaran Tempatan Pada 2 April 2019!

It’s a wrap! Untuk korang yang tertunggu-tunggu kedatangan Siri HUAWEI P30, HUAWEI membawakan berita gembira kepada semua apabila memaklumkan peranti tersebut bakal tiba di Malaysia pada 2 April ini!

Khabar gembira ini dikongsi oleh HUAWEI sendiri menerusi laman web rasmi HUAWEI Malaysia. Pun begitu, HUAWEI masih berteka-teka mengenai harga rasmi untuk kedua-dua model tersebut.

[ BACA : HUAWEI Meluaskan Lokasi Pelancaran Jualan siri HUAWEI P30 Ke Seluruh Malaysia!

Bagi yang berminat, korang boleh mendaftar minat dengan memasukkan email untuk sebarang makluman awal. Pada masa sama, HUAWEI turut menawarkan baucar RM10 secara percuma bagi mereka yang mendaftar.

Daftar Minat siri HUAWEI P30 >> DI SINI

______________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

You might also like