
etelah memperkenalkan SSD P2 baru-baru ini, Crucial kembali mengemas kini portfolio SSD mereka. Jenama produk storan itu kini melancarkan SSD P5 terbaru yang dilengkapi dengan kelajuan yang mengagumkan.
Dalam pengumumannya, naib presiden produk pengguna Micron menyebut P5 sebagai “produk SSD terpantas dan paling inovatif setakat ini”. Pada bahagian luar, P5 kelihatan seperti M.2 2280 SSD yang lain dari Crucial. Sekiranya anda mengharapkan pemacu PCIe 4.0 ada pada model ini anda bakal kecewa kerana P5 tidak hadir dengan fungsi tersebut. SSD ini masih menggunakan PCIe 3.0 x4 konvensional.
Seperti biasa, P5 memanfaatkan SSD proprietari dari Micron, tetapi Crucial tidak berkongsi butiran mengenainya. Mereka juga tidak menerangkan sebarang butiran mengenai cip NAND, tetapi berdasarkan gambar, P5 kelihatan seperti menggunakan memori kilat NAND 3D TLC.
Model |
Prestasi Read |
Prestasi Write |
Crucial P5 2TB |
3,400 |
3,000 |
Crucial P5 1TB |
3,400 |
3,000 |
Crucial P5 500GB |
3,400 |
3,000 |
Crucial P5 250GB |
3,400 |
1,400 |
P5 hadir dalam empat kapasiti berbeza yang merangkumi dari 250GB hingga 2TB. Untuk prestasi read, anda tidak perlu terlalu risau kerana keempat-empat model ini mempunyai kelajuan membaca hingga 3,400 MBps. Prestasi write pula adalah pada kadar 3,000 MBps pada varian 500GB, 1TB dan 2TB dan 1.400 MBps pada model 250GB. Seperti biasa, Crucial tidak berkongsi nilai prestasi rawak untuk P5.
P5 membawa jaminan lima tahun terhad khas dari Crucial. Pengilang belum mendedahkan harga untuk pemacu dan juga belum sampai di mana-mana peruncit.
Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!