Harga Siri Black Shark 3 Terdedah? Bermula Dari RM2799!!

365

Peranti gaming popular iaitu siri Black Shark 3 bakal dilancarkan pada 30 April ini dan sesuatu yang mengejutkan bahawa terdapat penjual telah memulakan pratempahan dan harga peranti ini bermula dari RM2799.

Black Shark 3 dikhabarkan bakal tampil dengan skrin 6.67″ OLED dan disertakan dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dikuasakan oleh cip pemproses yang sangat berkuasa iaitu Snapdragon 865.

Tampil dengan 64MP + 13MP + 5MP bagi kamera belakang dan dan 20MP bagi kamera hadapan. Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila ia disertakan dengan 4720mAh dan dipadankan dengan pengecasan pantas 65W.

Bagi Black Shark 3 Pro pula, ia dihadirkan dengan skrin yang sangat besar iaitu 7.1″ QHD+ OLED dan tampil dengan kadar segar semula 90Hz. Ia turut dikuasakan oleh Snapdragon 865 dan dipadankan dengan memori sehingga 12GB RAM LPDDR5 dan storan sebesar 256GB UFS 3.0.

Bateri juga sangat besar apabila ia dihadirkan dengan 5000mAh dan disertakan dengan pengecasan pantas 65W.

Berikut adalah harga bagi siri Black Shark 2:

Black Shark 3

  • RAM 8GB + ROM 128GB: RM2,799
  • RAM 12GB + ROM 128GB: RM3,199

Black Shark 3 Pro 

  • RAM 8GB + ROM 256GB: RM3,999
  • RAM 12GB + ROM 256GB: RM4,199