The Division 2 Versi Percubaan Menawarkan Barangan Percuma Rainbow Six Siege

289

Berita baik! Permainan The Division 2 versi percubaan sudah boleh anda cuba tanpa dikenakan sebarang bayaran. Pengeluar The Division 2 membenarkan pemain untuk mencuba permainan ini selama 8 jam, dan di samping, pemain Rainbow Six Siege juga berpeluang untuk mendapatkan beberapa buah tangan istimewa.

Permainan atas talian aksi RPG ini sudah boleh mula didapatkan dari platform Uplay dan Epic Game Store dan ianya boleh dimainkan pada PC, PS4 dan XBOX ONE. Anda boleh mencuba mode solo ataupun co-op di dalam pasukan berempat. Jika anda memiliki Siege, anda juga boleh mendapatkan kosmetik set untuk karakter Ela, ini termasuklah pakaian Division Agent dan juga skin senjata.

Bagi menyedapkan lagi tawaran ini, Ubisoft mengumumkan anda boleh menyambung terus permainan sekiranya anda memutuskan untuk membeli permainan ini, jadi anda tidak perlu mengulang misi-misi yang telah diselesaikan.

Ubisoft juga menyatakan bahawa oleh kerani ini adalah versi percubaan yang percuma, fungsi premium seperti clans dan pembelian tidak diaktifkan untuk versi ini.

Jangan lupa ikuti perkembangan dunia PC dan permainan video melalui Facebook eRing dan juga laman web rasmi!