Tertiris?! realme 6i Tampil 48MP Kuad Kamera + Pengecasan Pantas 18W

Tidak lama sahaja realme 5i (Klik Reviu) diperkenalkan di pasaran tempatan pada harga mampu milik RM599, kini ada khabar angin mengatakan generasi baharu realme 6i pula akan tiba melalui laman rasmi FCC.

Menurut sumber, peranti dengan nama model RMX2040 ini sebenarnya adalah realme 6i. Ia masih mengekalkan rekaan takuk kecil, dibekalkan bateri 5,000mAh dan mungkin disokong oleh teknologi pengecasan pantas 18W mengikut apa yang dilihat dalam gambar tertiris.

Bahagian kamera hadir dengan 48MP kuad kamera, lensa lain tidak diketahui konfigurasi lagi. Ukuran realme 6i adalah 164.4 x 75.x 9.0mm dan berat 195g, untuk saiz skrin pula mungkin menggunakan paparan 6.52”.

Adakah peranti berbadan putih ini seperti mana yang dikatakan adalah realme 6i? kita nantikan info selanjutnya dari pihak realme.

 

You might also like