
Seperti yang diketahui sebelum ini, pengantin baru Fasha Sandha telah berkongsi beberapa gambar pra-perkahwinan yang diambil dengan siri HUAWEI P30.
Terkini pada 30 March yang lalu, pasangan manis Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah selamat diijabkabulkan di Perlis dan banyak sangat gambar perkahwinan yang telah diambil menjadi kenangan indah.
Banyak perkongsian gambar dan persoalan telah diajukan terutama pada gaun yang elegan tersebut, ini semua perlu terima kasih kepada keupayaan kamera siri P30.
Teknologi Lens SuperZoom pada siri P30 memperlihatkan keupayaan 10x zum hibrid dan 50x zum digital, dan ini sudah tentunya tidak mampu diambil menggunakan peranti lain. Melalui gambar tersebut, rekaan gaun hasil tangan Rizman Ruzaini dapat dilihat dengan teliti walaupun gambar diambil dari jarak yang jauh.
https://www.instagram.com/p/BvoZcr8lr_e/?utm_source=ig_embed
Apa yang pasti, anda semua juga boleh merakam gambar secantik Fasha hanya dengan siri P30. Hari ini peranti baharu keluaran HUAWEI telah dirasmikan dengan harga jualan masing-masing diletakkan pada RM2,699 bagi P30, sementara RM3,799 bagi P30 Pro (8GB + 256GB) dan RM4,399 bagi P30 Pro (8GB + 512GB). Ketersediaan mulai 6 April, bagi yang berminat boleh membuat pra-tempahan melaui HUAWEI Experience Store, pengedar sah dan telco tempatan.
__________________________
Berita Lanjutan:
- Siri HUAWEI P30 Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM2,699, Ketersediaan Pada 6 April
- Ganjaran Istimewa Bersempena Pembelian Siri HUAWEI P30 Menerusi HUAWEI VIP
- HUAWEI MateBook 13 Kini Rasmi Di Malaysia Dan Tersedia pada 6 April, Harga Jualan Bermula Dari RM3999
- HUAWEI Watch GT Elegant & Watch GT Active Rasmi – Tawaran Harga Bermula RM799

