
OPPO Mencatat Jualan 100,000 Peranti Dalam Masa 2 Bulan Sahaja!
OPPO kini menjadi jenama yang terkuat dalam pasaran smartphone mid-range (RM900 – RM1200) dengan memegang 50% jualan di pasaran dalam tempoh dua bulan sahaja. Peranti Pakar Selfie, F1s menjadi sebab utama catatan tersebut berjaya dilakukan dengan jumlah jualan yang sangat memberangsangkan.
Menurut kajian firma berkecuali, Sino-MR, jualan F1 Plus di Malaysia adalah yang terbaik dicatatkan sepanjang suku kedua dan ketiga tahun ini.
OPPO bukan sahaja berjaya membuktikan jualannya di dalam pasaran tempatan, malah ia juga menjadi jenama yang aktif di kawasan Asia Tenggara. Lebih 28 juta unit smartphone OPPO berjaya dijual sepanjang suku kedua tahun ini, meletakkan OPPO buat julung kalinya di tangga kedua dalam pasaran Asia Tenggara.
Kalau kita tengokkan perkembangan OPPO ini bukanlah sesuatu yang ajaib. Kami sendiri melihat OPPO sebagai salah satu syarikat yang gigih melakukan promosi dan kempen. Tidak hairanlah jika jenama mereka semakin berkembang dan ditambah pula dengan kualiti smartphone mereka yang baik.
~Tahniah~