
Di negara kita, OPPO lebih dikenali sebagai pengeluar smartphone dan juga aksesori mobil. Namun sebenarnya OPPO sudah lama menjadi nama besar di Amerika Syarikat dan negara-negara lain sebagai jenama yang membawakan pelbagai kelengkapan digital seperti speaker, pemain Blu-Ray dan lain-lain.
Menjelang suku akhir tahun ini, OPPO membawakan Sonica, sebuah speaker tanpa wayar yang menawarkan kualiti audio terbaik berbanding mana-mana speaker tanpa wayar yang lain. Tidak meletakkan fokus pada kualiti audio sahaja, OPPO juga mementingkan reka bentuk elegan yang membolehkan speaker ini tampil bergaya di dalam ruang rumah moden.
Anda boleh memainkan lagu dari smartphone terus ke speaker dengan menggunakan sambungan WiFi, Bluetooth, AirPlay, USB dan AUX. Kebolehan versatil ini juga dibawakan ke dalam format playback di mana ia menyokong fail MP3, FLAC, WAV, Apple Lossless dan lain-lain.
OPPO mengumumkan peranti ini akan dijual di stor pengedar mereka pada harga RM 1,299. OPPO juga memberitahu bahawa tidak lama lagi speaker Sonica ini akan dijual melalui stor atas talian.
Spesifikasi
Bekalan Kuasa | 100 V – 240 V ~ 50/60 Hz |
Penggunaan Kuasa | 35 W / 6 W (Mod Standby) |
Saiz | 301 (panjang) x 147 (lebar) x 135 (tinggi) mm |
Berat | 2.4 kg |
WiFi | 802.11.a/b/g/n/ac |
Bluetooth | Bluetooth 4.1 |
Format Audio | AAC, AIF, AIFC, AIFF, APE, FLAC, M4A, M4A (Apple Lossless) ALAC, MP2, OGG, WAV, WMA |
Pemacu Audio | 1 x 3.5” bass driver 2 x 3” balanced bass radiators 2 x 2.5” wideband drivers dengan Neodymium magnets |
Harga | RM 1.299 |