Diperkenalkan… Galaxy C9 Pro, Peranti 6GB RAM Pertama Dari Samsung

kv5Samsung secara rasminya telah melancarkan Galaxy C9 Pro dan ia merupakan smartphone pertama Samsung yang hadir dengan memori 6GB RAM. Selain menawarkan RAM yang hebat, C9 Pro juga dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 653 yang baru saja diumumkan, memori dalaman pula ialah 64GB.

kv4Peranti Dual SIM ini hadir dengan kerangka logam sepenuhnya, sekaligus memberikan sentuhan premium kepada pengguna. Masih menggunakan sistem operasi Android Marshmallow, kapasiti baterinya sangat besar iaitu 4000mAh, pasti cukup memenuhi penggunaan seharian.

Dari segi kamera pula, Galaxy C9 Pro boleh dikatakan sangat hebat juga kerana ia telah menawarkan kamera utama dan selfie yang beresolusi 16 Megapiksel dengan aperture f/1.9, tambahan sokongan terhadap auto fokus PDAF dan mempunyai flash LED dual-tone.

kv6Kini tempahan sudah dibuka untuk pasaran China dengan harga CNY 3,199 (kira-kira RM1,970), bila pula akan memasuki pasaran tempatan? Kita nantikan berita lanjut dari pihak Samsung ya~

You might also like