Lenovo, Intel Lancarkan Legion Of Champions Series III 2019

945
- Iklan -

Lenovo telah mengumumkan pertandingan Grand Finale, Legion of Champions Series III (LoC III). Dengan kerjasama Intel, pertandingan eSports ini membawakan lebih daripada 60 bakat pemain dari seluruh Asia Pasifik untuk berentap bagi dinobatkan sebagai juara LoC III 2019.

Kejohanan tahun ini adalah yang terbesar, termasuklah pesaing kali pertama dari India, Jepun dan Korea, selain penyertaan dari Hong Kong, Macau, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Selepas melalui beberapa pusingan penyingkiran , pasukan tempatan iaitu D.O.D akan mewakili Malaysia dalam Grand Finals LoC III yang bakal berlangsung di Central Plaza Ladprao, Bangkok pada 25 hingga 27 Januari 2019. Finalis bakal berentap untuk merebut hadiah utama yang berjumlah sehingga USD $ 35,000 (kira-kira RM146,000).

Pada akhir pertandingan, pasukan yang menang akan membawa pulang hadiah berupa notebook dari Legion Y530 bernilai USD $ 7,000 (kira-kira RM 29,232) dan USD $ 5,000 (kira-kira RM 20,880). Sementara, pelari pertama dan kedua akan membawa pulang USD $ 3,000 (kira-kira RM 12,528) dan USD $ 2,000 (kira-kira RM 8,352).

Mereka yang ingin menjadi sebahagian daripada keseronokan ini boleh mengambil bahagian dalam pertandingan Rise of Legion walk-in, parti LAN, dan pertandingan cosplay. Klik LINK DI SINI.