OPPO A37 Ditawarkan Pada Harga RM 798

1547
- Iklan -

1OPPO Malaysia hari ini mengesahkan peranti kelas pertengahan mereka, OPPO A37 telahpun berada di pasaran Malaysia. Dijual pada harga RM 798, A37 khas untuk mereka yang gemar berselfie tetapi inginkan smartphone mampu milik.

4Menampilkan paparan skrin berukuran 5.0 inci beresolusi 1280×720 piksel, ia turut menyediakan memori dalaman 16GB bersama 2GB RAM. Dari segi fungsi multimedia pula, A37 menyokong kamera utama 8 Megapiksel dengan pelbagai mod menarik serta kamera hadapan 5 Megapiksel dengan sokongan 1.4μm piksel dan ¼-inci lebih besar dan membolehkan anda mengambil gambar selfie yang terang walaupun ketika dalam keadaan cahaya rendah.