
[Tertiris] Vivo NEX 2 Sokong Paparan Dw-Skrin Dan Tri-Kamera Utama?!
Vivo NEX yang diperkenalkan di pasaran tempatan pada Julai yang lepas telah mendapat sambutan yang meriah dari pengguna kerana kedudukan kamera swafotonya yang unik. Terbaru, muncul pula laporan mengenai imej yang dikatakan milik Vivo NEX 2 yang tertiris.
Melalui gambar tersebut, telefon pintar ini hadir dengan dua paparan skrin serta dilengkapi tri-kamera utama yang mirip seperti Nubia X. Kamera untuk swafoto pula masih dikekalkan sepertimana model sebelumnya. Paparan skrin utama menampilkan skrin dengan nisbah paparan 18:9, sementara paparan belakang pula menyokong paparan nisbah 16:9.

Namun begitu, peranti ini berkemungkinan mengekalkan pemproses Snapdragon 845 dan bukannya CPU terbaru iaitu Snapdragon 855. Vivo NEX 2 ini dijangka akan diperkenalkan secara rasmi pada Disember 2018.
[SUMBER]
Baca juga:
- Pra-Tempahan Peranti Dwi Skrin – Nubia X Kini Dibuka Di Shopee
- [ Ujian Ketahanan ] Kamera vivo NEX Sekukuh Mana?! Tengok Video!
- Jualan Rasmi Vivo NEX Mendapat Sambutan Meriah Dari Pengguna
- Kehangatan vivo NEX Bermula Dengan Pra-Tempahan – 23 Julai hingga 27 Julai 2018
- vivo NEX Kini Rasmi – Peranti Tanpa Takuk Pertama Berharga RM2,799
- What Is Nex?! vivo APEX + X21 = vivo NEX

