Waze Perkenalkan Dialek Kantonis Sebagai Pilihan Navigasi Suara Terbaru

927
- Iklan -

Sebagai platform yang menyatukan komuniti, Waze kini mengumumkan bahawa dialek Kantonis akan diperkenalkan sebagai pilihan navigasi suara terbaru secara berperingkat mulai hari ini.

Dengan sokongan dan usaha pengambilan yang aktif daripada komuniti, pihak Waze memaklumkan mereka dapat melengkapkan pilihan bahasa terbaharu ini dalam jangka masa hanya dua bulan.Dalam usaha menyelesaikan tugasan ini dengan cepat, pihak Waze telah mengadaptasikan dialek tersebut daripada bahasa-bahasa Cina yang sedia ada untuk menyesuaikan Bahasa Cina Ringkas dan Tradisional kepada Cina HK (Hong Kong).

Selain itu, mereka juga telah memilih sebuah suara bahasa Cina yang diluluskan oleh Hong Kong untuk memastikan sebutan dan arahan yang tepat demi menjamin pengalaman pemanduan yang jelas dan selamat.

Perkara ini sekaligus secara tidak langsung memudahkan para pemandu yang berbahasa Cina  menikmati pengalaman pemanduan lebih baik dengan tetapan Waze yang lebih inklusif. Muat turun aplikasi Waze secara percuma menerusi :