Pra-Tempahan Vivo NEX Dual Display Bermula Pada Harga RM3199

Vivo Malaysia mengumumkan Satu lagi telefon pintar yang unik dari Vivo iaitu Vivo NEX Dual Display akan dibuka untuk pra-tempahan pada harga RM3199 di DirectD dan Mobile2go.

Apa yang menariknya, telefon ini menggunakan dwi-skrin yang bersaiz 6.39 ini bagi skrin hadapan dan 5.49 inci bagi skrin belakang. Ia turut dikuasakan dengan cip Snapdragon 845 dan disertakan dengan RAM sehingga 10GB dan storan sebanyak 128GB.

Ia turut dijana menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie dan mempunyai kapasiti bateri sebanyak 3500mAh.

Pengguna juga boleh merakam gambar swafoto menggunakan tri-kamera di bahagian belakang dan melihat gambar-gambar tersebut pada skrin di bahagian belakang.

Bagi yang berminat untuk melakukan pra-tempahan, bolehlah melakukannya melalui laman sesawang DirectD dan Mobile2go.

Baca juga:

You might also like