OnePlus 5 Sudah Muncul?!

Setelah memori dalaman pada OnePlus 5 didedahkan, peranti hebat dari China ini diperlihatkan dengan gambar bocor lagi oleh seorang lelaki sedang memegangnya. Berdasarkan gambar yang tersebar ini, kita dapat mengenalpasti model akan datang ini menggunakan dwi kamera bersama LED flash jenis standard.

Kemasan pula menggunakan warna kesat Aluminium Silver, iaitu jenis kemasan yang menjadi trending waktu ini. Garisan antena tidak lagi kelihatan dan bahagian bucu peranti berbentuk lebih bulat berbanding sebelum ini.

Khabar angin kuat mengatakan peranti ini akan dimuatkan dengan cip pemproses hebat 10nm lapan teras Qualcomm Snapdragon 835, menyokong format 64-bit dan RAM antara 6GB atau 8GB. Storan dalaman pula dikatakan bermula dari 64GB sehingga 128GB. Sistem operasinya pula menggunakan Android 7.1.1 Nougat terbaru.

OnePlus 5 dijadualkan akan menemui pengguna
pada bulan hadapan.

 

Anda mesti tak sabar kan?!

You might also like