Kemas Kini iOS 11.4 Yang Menyokong AirPlay 2 Kini Boleh Dimuat Turun

Tidak lama lagi Apple bakal memperkenalkan perisian terbaru iOS 12 di WWDC 2018. Sebelum itu, Apple baru sahaja melepaskan kemas kini iOS 11.4 kepada para pengguna di Malaysia bermula hari ini. Ini juga merupakan kemas kini terakhir untuk iOS 11.

(kanan) Ujian penanda aras melihatkan kemas kini terbaru beri prestasi yang lebih baik

iOS 11.4 kini membawakan ciri AirPlay 2 yang membolehkan pengguna membuat sambungan audio-pelbagai ke beberapa buah speaker HomePod. Tetapan pada speaker juga boleh dilakukan terus melalui iPhone atau iPad. Selain itu, kemas kini turut membaiki kerentanan dan meningkatkan lagi prestasi pada peranti.

(kanan) Selepas kemas kini, ruang storan juga bertambah

Jika sebelum ini iCloud tidak menyokong iMessages, kini ia telah disertakan bersama didalam kemas kini iOS 11.4. Versi ini memerlukan storan yang luas, jadi disarankan pengguna membuat kemas kini menerusi iTunes atau rangkaian WiFi yang stabil.

Pengguna boleh memuat turun iOS 11.4 bermula hari ini dengan menyemak dibahagian Settings > General > Software Update.

You might also like