8GB RAM, 128GB ROM?! Spesifikasi Bocor Pada OnePlus 5! Benar?!

Menurut maklumat bocor dari China’s Weibo, mereka mempunyai screenshot tetapan yang disyaki OnePlus 5 yang akan hadir dengan RAM setinggi 8GB. Di dalam kandungan screenshot itu, terdapat maklumat lain seperti storan sebanyak 128GB, Hydrogen OS serta Android 7.1.2 Nougat. Seperti biasa, maklumat yang disalurkan oleh Weibo ini tidak boleh diambil sepenuhnya tetapi tidak mustahil kerana terdahulu, OnePlus 3 menjadi telefon pintar petama yang hadir dengan 6GB RAM.

Di samping itu, CEO OnePlus , Pete Lau berkata OnePlus akan membuat kejutan besar kepada pengguna tetapi beliau tidak memutuskan selebihnya. Dalam persembahan lain, OnePlus 5 mungkin hadir dengan paparan HD penuh Super AMOLED dengan cip pemproses terbaru Qualcomm Snapdragon 835. Selain itu, terdapat varian yang lebih tinggi iaitu OnePlus 5, 8GB RAM dan 256GB storan. Dengan kuasa yang tinggi, bateri 3600mAh akan dimuatkan berbanding 3400mAh sebelum ini.

Adakah OnePlus 5 akan membuang 3.5mm Headphone jack seperti yang telah dilakukan di Xiaomi Mi6? Apa yang selanjutnya, kita perlu tunggu sehingga kenyataan rasmi dibuat.

You might also like