Super Day, Super Experience! – Rasai Pengalaman Kamera Swafoto 20MP vivo V5s Dan Berjumpa Dengan Joyce Chu

vivo Malaysia akan menganjurkan acara di Berjaya Times Square yang menjemput anda untuk menyertai pengalaman menggunakan vivo V5s. Di sana terdapat Super Booth Setup yang disediakan kepada orang ramai untuk merasai kehebatan telefon pintar dengan kamera swafoto 20 Megapiksel terbaru dari vivo.

Menariknya, ikon swafoto vivo, Joyce Chu akan tampil buat kali pertama pada hari itu  untuk menyambut pembeli bertuah vivo V5s. Selain daripada itu, vivo juga menampilkan maskot untuk memeriahkan lagi persembahan Joyce Chu dalam acara Super Day vivo V5s!

Jadi apa tunggu lagi, mari beramai-ramai memeriahkan acara Super Day, Super Experience vivo V5s pada 10 Mei 2017, jam 10 pagi sehingga 10 malam!!

 

Anda Juga Berpeluang Untuk Memenangi Tiket Percutian Ke Maldives Dalam Peraduan “Beli Dan Menang” Dengan vivo V5s

Maldives terkenal dengan pantai yang sungguh indah, pasir memutih, air yang jenih, suasana yang tenang pasti membuatkan ramai yang memendam hasrat untuk ke sana. Jadi, apa yang perlu anda lakukan adalah beli vivo V5s dan daftar peraduan untuk memenangi tiket penerbangan ke Maldives 4H3M, TV 52 inci atau telefon pintar vivo V5s serta barangan edisi terhad!

Peraduan ini bermula pada 10 Mei sehingga 31 Mei 2017 di semua penjual vivo yang sah.

 

You might also like