
Sony mengumumkan bahawa konsol Playstation 4 berjaya mencatatkan jualan memberangsangkan apabila terjual lebih daripada 91.6 juta unit di seluruh dunia. Melaluinya, PS4 terjual lebih daripada 5.6 juta unit pada musim percutiaan sahaja! – antara 19 November hingga 31 Disember 2018.

Selain itu , Sony memaklumkan terdapat lebih daripada 50.7 juta salinan permainan yang terjual sepanjang musim percutian – Termasuklah jualan melalui kedai fizikal dan platform digital yang mencapai 876 juta salinan terjual di seluruh dunia setakat 31 Disember lepas.
Antara salah satu permainan yang ‘laku keras’ adalah Marvel’s Spider-Man yang dilancarkan pada September lepas – ia mencatakan hasil jualan melebihi 9 juta terjual di seluruh dunia dan ia suatu pencapaian yang sangat membanggakan!

