Pra-Tempah Sony Xperia XZs dan Xperia XA1 Untuk Pasaran Tempatan Bermula 29 Mac hingga 9 April Ini

Kemunculan Sony Xperia XZs yang sebelum ini berjaya menarik perhatian umum dengan keupayaannya untuk membuat rakaman video gerak perlahan pada kelajuan 960 bingkai sesaat ini nampaknya boleh dinikmati oleh pengguna tempatan tidak lama lagi. Hari ini Sony Mobile Malaysia bukan sahaja telah mengumumkan ketibaan Sony Xperia XZs untuk pasaran tempatan, tetapi ia turut memperlihatkan kehadiran model terbaru iaitu Sony Xperia XA1.

Sony Xperia XZs
Sony Xperia XA1

Pelancaran dua model terbaru dari siri Xperia X ini turut menyaksikan kerjasama kali ketiga antara Sony Mobile Malaysia dengan 11street, bagi tujuan pra-tempah secara eksklusif yang bermula dari 29 Mac ini hingga 9 April nanti. Selain itu, pra-tempah di seluruh negara ini juga turut boleh dibuat melalui Sony Stores terpilih, Sony Mobile Stores, Sony Centres dan juga pengedar yang sah.

Hadiah eksklusif dengan setiap pembelian secara pra-tempah

Dengan setiap pembelian pra-tempah Sony Xperia XZs yang dijual pada harga RM2,899, pengguna akan menerima hadiah eksklusif iaitu Stereo Bluetooth Headset SBH80, Quick Charger UCH12W dan juga sarung silikon lutsinar berserta pelindung skrin kaca yang bernilai RM697. Manakala pengguna yang membuat pra-tempah Sony Xperia XA1 yang dijual pada harga RM1,199 ini pula akan menerima USB Type-C Charging Dock DK60, sarung silikon lutsinar dan juga pelindung skrin kaca yang bernilai RM268.

Sony Xperia XZs
Sony Xperia XA1

Sony Xperia XZs tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu Ice Blue, Warm Silver dan Black, manakala Sony Xperia XA1 hadir dalam empat warna kontemporari iaitu White, Black, Pink dan Gold. Lebih menariknya, pembelian Xperia XA1 turut disertakan dengan Style Cover Stands yang tersedia dalam warna hitam dan putih.

 

Spesifikasi Sony Xperia XZs
  • Android 7.0 Nougat
  • Qualcomm MSM8996 Snapdragon 820
  • Dual SIM (Nano SIM / Nano SIM atau microSD sehingga 256GB)
  • 64GB ROM / 4GB RAM
  • 5.2 inci IPS LCD, 1080 x 1920 piksel
  • Kamera utama: 19 Megapiksel 1/2.3″ Exmor RS (Aperture f/2.0, 1.22µm Pixel Pitch, Motion Eye Memory Stacked Sensor, Predictive Hybrid Focus, Super Slot Motion 960fps, Anti-Distortion Shutter)
  • Kamera depan: 13 Megapiksel Exmor RS (Aperture f/2.0, 22mm Wide-Angle Lens)
  • 2900mAh (Smart STAMINA 2.0, Qnovo Technology, Battery Care, Quick Charge 3.0)
  • IP68 (kalis air dan debu)

 

Spesifikasi Sony Xperia XA1
  • Android 7.0 Nougat
  • MediaTek Helio P20
  • Dual SIM (Nano SIM / Nano SIM)
  • Slot microSD sehingga 256GB
  • 32GB ROM / 3GB RAM
  • 5.0 inci IPS LCD, 720 x 1280 piksel
  • Kamera utama: 23 Megapiksel 1/2.3″ Exmor RS (Aperture f/2.0, Hybrid Auto Focus)
  • Kamera depan: 8 Megapiksel Exmor RS (Aperture f/2.0, 23mm Wide-Angle Lens)
  • 2300mAh (STAMINA Mode, Qnovo PumpExpress 2.0)
You might also like