Teknologi Dan Fungsi Kamera 3D Pada iPhone 8?! Biar Betul?

Masih ada beberapa bulan sebelum Apple memperkenalkan iPhone 8, antara ciri yang dijangka akan diperkenalkan pada model tersebut adalah sistem sekuriti biometrik yang baru, paparan OLED dan lain-lain tambah baik.

Terbaru, ada satu lagi perkembangan menarik tentang iPhone 8 yang pastinya akan membuatkan peminat iPhone teruja. Apple dikatakan berkemungkinan besar akan membawakan modul dan teknologi kamera 3D pada iPhone 8. Apple sebenarnya sudah pun memiliki teknologi kamera 3D di dalam tangan mereka apabila beberapa tahun lalu mereka membeli PrimeSense, sebuah syarikat teknologi yang membangunkan teknologi tersebut.

Jika benar kamera 3D di dalam perancangan Apple, berkemungkinan besar kita akan melihat beberapa pengiktirafan dari segi teknologi pengecaman wajah dan juga augmented reality. Antara fungsi yang boleh dibangunkan dari teknologi tersebut adalah mengambil gambar 3D dan juga penghasilan objek 3D daripada objek nyata.

You might also like