Huawei P20 Tidak Menerima Sensor 40MP Seperti Huawei P20 Pro

Huawei bakal melancarkan barisan Huawei P20 di Paris esok. Seperti biasa, sebelum tarikh pelancaran ada khabar angin mengenai peranti terlebih dahulu. Sebelum ini kita dikhabarkan Huawei P20 akan hadir dengan dwi-kamera manakala Huawei P20 Pro dengan tri-kamera.

Terbaru, Huawei P20 dikatakan tidak akan menerima sensor 40 Megapiksel seperti versi Pro sebaliknya hanya dibekalkan sensor 12 MP + 20 MP sama seperti Huawei Mate 10. Sistem kamera ini juga tidak akan menyokong 5x zoom hibrid tetapi akan kekal dengan sokongan video gerak-perlahan 960fps bersolusi HD.

Walaupun konfigurasi kamera utama masih tidak berubah, kami percaya ia mungkin menerima naik taraf dan telah dikemas kini. Melalui pautan yang sama, peranti ini turut didatangkan kamera swafoto 24 Megapiksel sama seperti varian Pro.

Apa-apapun ini cuma khabar angin yang tersebar dan kita tunggu sahaja sehingga pelancaran rasmi esok.

Sumber

You might also like