

Sejak Honor 8X dilancarkan di Malaysia, ia telah pun terjual 1000 unit pada hari pertama jualan atas talian dilakukan dan telah memecahkan rekod jualan telefon pintar Honor terlaris di Malaysia. Justeru Honor telah memperkenalkan Honor 8X dengan warna merah yang mana ia dijual pada harga yang sama dengan Honor 8X iaitu RM949.
Honor 8X edisi merah akan tersedia pada pembelian atas talian pada 7 November 2018 manakala penjualan di kedai pula pada 10 November 2018. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah cepat-cepat membeli kerana ia terhad kepada 500 unit sahaja bagi Honor 8X edisi merah.
Selain itu, setiap pembelian Honor 8X edisi merah, pelanggan juga akan diberikan Honor Band 3 secara percuma di Hihonor.com.

Honor 8X dilengkapi dengan Kirin 710 chipset dan kapasiti bateri 3750 mAh. Ia juga mempunyai dwi lensa, 20M + 2M aperture bagi kamera belakang ialah F/1.8. Honor 8X nyata merupakan sebuah telefon pintar yang meliputi seluruh aspek kegunaan harian tanpa mengira latar belakang pengguna.
Bagi mendapat maklumat lebih lanjut mengenai Honor 8X edisi merah dan produk Honor yang lain, bolehlah layari laman sesawang rasmi Honor atau Laman Facebook Rasmi Honor . Anda boleh singgah di kedai rasmi atas talian di shopee , Lazada atau 11 street .
Baca juga:
- Perbandingan Peranti Setaraf Dengan Honor 8X, Siapa Lebih Menyerlah?!
- Lebih 1,000 Unit Honor 8X Terjual Dalam Masa Hanya 20 Minit!
- Rasmi! Honor 8X Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM949
- Jualan honor 8X Kembali – Bila? Tanda Kalendar Korang Pada…

