
Honor Perkenal Jam Tangan Pintar Penuh Elegan – Honor Watch Magic
Hari ini kita menyaksikan Honor memperkenalkan sebuah telefon pintar baharu mereka iaitu Honor Magic 2. Selain daripada pelancaran model berkenaan, Honor turut mengumumkan penawaran Honor Watch Magic.
Honor Magic Watch hadir dengan skrin bersaiz 1.2 inci bersama panel AMOLED berbentuk bulat dan dioperasikan pada antaramuka jam dibangunkan oleh Honor sendiri selain turut kalis air.
Honor mengatakan ia turut menyokong pemantauan kadar jantung yang berterusan selama 24 jam dan pengesanan tidur melalui ciri Trusleep 2.0. Selain itu, ia juga boleh mengawasi tekanan pengguna secara real-time selain memberi latihan pernafasan ketika bersenam.
Melengkapinya juga adalah sokongan GPS, GLONASS, dan Beidou. Ia turut dilengkapi dengan fungsi kompas dan NFC. Honor Watch Magic didatangkan dengan dua warna menarik iaitu Magic Black (¥899 – Kira-kira RM540~) dan Magic Moonlight Silver (¥999- kira -kira RM600~) di pasaran China.