Panasonic Eluga Ray 500 Dilancarkan Dengan Dwi Kamera Dan Bateri 4,000mAh

Kalau sebut sahaja jenama Panasonic, pengguna lebih terdorong kepada peralatan elektrik di rumah. Namun, hanya ada segelintir yang mengenali Panasonic sebenarnya merupakan salah satu pengeluar telefon bimbit. Kali ini, Panasonic mengemas kini barisan produk telefon pintar mereka dengan melancarkan Eluga Ray 500.

Ia sebuah peranti yang sudah diperkenalkan pada bulan September yang lalu, tetapi penjualannya hanya dimulakan beberapa hari yang lepas di laman beli-belah atas talian, Flipkart.

Eluga Ray 500 didatangkan dengan paparan skrin tradisional 5-inci IPS beresolusi 720p. Sebuah cip pemproses MediaTek MT6737 dimuatkan bersama di samping memori RAM sebesar 3GB serta storan seluas 32GB dengan slot kad microSD. Panasonic dilihat tidak ketinggalan untuk meletakkan fungsi dwi kamera di belakang menerusi gabungan sensor 13MP dan 8MP yang menawarkan rakaman sudut-lebar.

Sumber kuasa yang besar pula telah dimasukkan di dalam kerangka badan menggunakan bateri sebesar 4,000mAh sekaligus, menjadikan ia sebuah peranti permulaan yang mampu ditandingi.

Panasonic Eluga Ray 500 memiliki tanda harga iaitu INR8,999 (lebih kurang RM571) seunit dalam pilihan warna Champagne Gold, Mocha Gold, dan Marine Blue. Setakat ini ia dijual di pasaran India sahaja.

You might also like