
Akhirnya HONOR Earbuds 2 Lite yang dinanti- nantikan sudah dijual di stor Malaysia! Mengetengahkan tiga tumpuan utama iaitu menghasilkan muzik tulen, pembatalan hingar aktif (ANC) dan hayat bateri panjang HONOR Earbuds 2 Lite adalah generasi baru fon telinga Stereo Tanpa Wayar Sebenar (TWS) dan juga ‘teman sejati’ siri telefon pintar baru HONOR 50 yang bakal dilancarkan nanti. HONOR Earbuds 2 Lite menawarkan hampir semua fungsi yang diidamkan pengguna fon telinga dijual pada harga RM299. Persoalannya, mengapa fon telinga ini satu keperluan bagi mereka yang berkerja dari rumah? Berikut 5 sebab:

1: Meningkatkan Produktiviti
Pernahkah anda berasa jengkel apabila ahli keluarga berbuat bising sehingga menyukarkan anda fokus terhadap kerja? Dengan HONOR Earbuds 2 Lite, teknologi ANC berupaya mengurangkan bunyi bising persekitaran sehingga 22 desibel (dB) supaya anda boleh mendengar audio dengan jelas. Ia turut dilengkapi dwi mikrofon terbina dalam bagi mengesan suara manusia serta cip anti bunyi angin yang kerap berlaku tanpa disedari ketika mengikuti mesyuarat dalam talian. Kini anda boleh menyiapkan kerja di rumah tanpa gangguan bunyi!
2: Menaikkan Mood dan Meningkatkan Kreativiti
Kini sebahagian besar rakyat perlu bekerja dari rumah, namun ada segelintir mengadu mula berasa tertekan. Jangan risau, mendengar muzik boleh melegakan tekanan dan meningkatkan kreativiti serta daya pemikiran. Rasa bosan di rumah dan tekanan pasti hilang apabila menggunakan HONOR Earbuds 2 Lite yang lengkap dengan 10mm fidaliti tinggi pemacu dinamik. Hadir dengan gegendang komposit polimer sensitif, fon telinga ini ditalakan untuk memberi audio asli dan seimbang, bunyi terperinci serta bass yang dalam.
Dengan menggunakan rekaan 3D ergonomik bionik, setiap fon telinga seringan 5.5 grams, memberi rasa ‘tanpa sentuhan’ di telinga. Pengguna tetap berasa selesa biarpun menggunakannya untuk tempoh lama. Sebagai tambahan, HONOR Earbuds 2 Lite hadir bersama 3 saiz berbeza penyumbat telinga silikon bagi anda memilih
penyumbat telinga yang paling selesa.

3: Bekerja Dengan Bijak, Sentiasa Berhubung
Dengan ANC, HONOR Earbuds 2 Lite turut dilengkapi dengan mod kesedaran yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan orang sekeliling tanpa perlu membuka fon telinga. Ibu bapa tidak perlu merisaukan anak yang menangis ketika menyiapkan tugasan pejabat. Hanya sentuh fon telinga untuk beberapa saat membolehkan pengguna sedar terhadap apa yang berlaku di persekitaran sepanjang hari dan menjaga nada suara ketika membuat panggilan atau mesyuarat dalam talian.
4: Berehat dari Kesibukan Kerja
Perlu berehat seketika dari kerja untuk mendengar muzik atau permainan mudah alih? Dilengkapi Bluetooth 5.2, HONOR Earbuds 2 Lite akan memasuki mod kependaman rendah apabila pengguna bermain permainan mudah alih. Mod ini memastikan video dan audio segerak. Anda boleh bermain tanpa masalah ‘lagging’ sekarang.
5: Berhibur Sepanjang Hari dengan Hayat Bateri Panjang 32 Jam dan Pengecasan Pantas
HONOR Earbuds 2 Lite dikuasakan dengan bateri berkapasiti besar 55mAh dan bateri mampu bertahan selama 32 jam 1 . Pengecasan pantas kini fetur pengguna dapat menghabiskan waktu lapang melayan siri filem atau televisyen tanpa perlu risau bateri cepat habis. Hanya perlu caj untuk 10 minit sahaja sudah mencukupi untuk menonton siri televisyen selama 4 jam 2 . Selepas siapkan kerja, letakkan sahaja fon telinga di tepi dan baterinya masih mencukupi untuk anda menonton episod baru siri strim kegemaraan anda.
Semua data berdasarkan keputusan dari makmal HONOR. Masa penggunaan sebenar mungkin berbeza bergantung pada isi padu, cara penggunaan, faktor persekitaran dan lain-lain. 2 Kotak pengecas perlu mempunyai bateri mencukupi Sementara itu, HONOR Earbuds 2 Lite turut dilabelkan sebagai peneman penstriman muzik terbaik oleh JOOX. Sejajar dengan pelancarannya di Malaysia, HONOR Malaysia bekerjasama dengan JOOX untuk mengadakan peraduan bermula dari 23 hingga 29 Julai. 5 pemenang bertuah akan membawa pulang HONOR Earbuds 2 Lite. Nantikan maklumat lanjut yang akan diumumkan di Facebook HONOR Malaysia.

HONOR Earbuds 2 Lite ditawarkan pada harga RM299 dalam warna putih Glacier White. Untuk pembelian, kunjungi platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store, Shopee HONOR Malaysia Official Store, Senheng Online Store dan Stor HONOR Berdaftar di seluruh negara. Jadi apa anda tunggu lagi? Rebutlah HONOR Earbuds 2 Lite sekarang!