Samsung Galaxy Note 8 Mungkin Akan Menggunakan Lensa Kamera Zoom Optikal 3x

Samsung Electro-Mechanics ialah satu syarikat di bawah Samsung yang bertanggungjawab dalam pembangunan teknologi kamera. Apa yang dikongsikan oleh mereka baru-baru ini adalah bagaimana sistem dwi kamera berfungsi di telefon pintar. Maka, dengan itu kita juga mungkin akan melihat Galaxy Note 8 hadir dengan konfigurasi kamera tersebut sejurus dilancarkan kelak.

Ciri yang pertama yang diperkenalkan ialah Super Night Shot. Dalam perbandingan ini, hasil gambar yang diperoleh kelihatan lebih jelas dan terang walaupun situasi persekitaran yang gelap. Menariknya, ciri Smart Zoom yang diperkenalkan pula berfungsi sebagai lensa optikal yang mampu zoom sehingga 3x.

Selain itu, satu lagi mod yang ditawarkan diberi nama 3D Depth. Ciri ini dikatakan lebih kurang sama seperti mod potret pada iPhone 7 Plus atau peranti yang setaraf dengannya. Teknologi seperti ini juga akan membolehkan latar belakang subjek dikaburkan.

Sementara, modul dwi kamera ini juga akan membawakan Galaxy Note 8 dalam menghasilkan imej HDR yang kualiti.

Samsung Galaxy Note 8 akan dilancarkan pada 23 Ogos ini di New York City, AS.

You might also like