Samsung Galaxy Note 8 Akan Hadir Dengan Dwi Kamera 13 Megapiksel?!

Hari ini, sudah tidak asing lagi jika mendengar telefon pintar akan hadir dengan orentasi kamera berkembar. Oleh itu, Samsung akan mula memasangnya pada flagship siri Note pada tahun ini. Menurut Weibo China, Samsung sendiri akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi membangunkan sensor dan lensa pada dwi kamera Galaxy Note 8 akan datang.

Konfigurasi kamera ini menggunakan sensor 13 Megapiksel kemungkinan RGB dan Monochrome akan menghasilkan gambar yang lebih baik berbanding Samsung Galaxy S8 yang ada di pasaran sekarang. Tambahan pula, jabatan berkenaan sedang giat membangunkan tiga set dwi kamera salah satunya akan dimasukkan ke dalam Galaxy C10, tetapi Samsung masih belum lagi memberi sebarang petunjuk tentang dwi kamera swafoto tersebut.

Samsung Galaxy Note 8 dijangka akan mula diperkenalkan pada bulan Ogos nanti, iaitu awal sebulan berbanding kebiasaan siri Note dilancarkan iaitu pada bulan September.

You might also like