Apple Ingin Mematenkan Pengimbas Cap Jari Di Butang Power?

Hari ini, Apple ingin mematenkan fungsi pengimbas cap jari di butang power, iaitu kedudukan baru selepas Apple merancang untuk membuang butang Home atau Touch ID di bahagian depan bagi mengurangkan ruang serta menipiskan bahagian bawah panel depan.

Sebelum ini, pemegang hak paten pengimbas cap jari di butang power ialah Sony Xperia Z5 pada tahun 2015. Setelah Sony memberhentikan fungsi berkenaan di Amerika Syarikat, pihak Cupertino ini cuba untuk memohon hak paten dengan menghantar beberapa pelan untuk dipatenkan.

Apple juga ingin merubah reka bentuk iPhone (2017) dengan meletakkan butang tersebut di atas seperti yang dapat dilihat pada iPhone 5, ia juga mungkin akan diletakkan di kedudukan lain. Pengimbas cap jari ini juga akan dilindungi dengan gelas pelindung tahan lasak ataupun jenis nilam (sapphire). Selain itu, Apple juga menunjukkan paten sensor biometrik terselindung di bawah paparan skrin sentuh, satu kaedah lain selain fungsi pengimbas cap jari.

Adakah ‘iPhone 8′ atau apa nama ‘sekalipun’ ini akan diperkenalkan pada bulan September ini? Atau mungkin lewat? Yang pasti peminat Apple mesti tidak sabar menunggunya…

 

Baca Selanjutnya
You might also like