
Hanya Satu Variasi Dari iPhone 8 Dilengkapi Skrin OLED?
Tahun 2017 menjadi ulang tahun ke-10 iPhone dan Apple, dijangka mereka akan membawa beberapa perubahan besar kepada siri telefon pintar terkenal itu. Salah satu perubahan besar yang dirancang adalah menggantikan paparan LED iPhone dengan OLED, tetapi ketika ini Apple sedang berada dalam masalah.
4 pembekal utama paparan OLED dilaporkan tidak mempunyai kapasiti pengeluaran yang cukup untuk membuat paparan untuk iPhone 8 pada tahun hdapan. Kekangan kapasiti pengeluaran paparan OLED dijangka akan berterusan sehingga tahun 2018. Paparan OLED telah digunakan oleh kebanyakan pesaing Apple dan dianggap lebih baik daripada LCD dari segi kualiti gambar dan penggunaan kuasa.

Oleh kerana masalah ini, pemerhati dan beberapa pakar dunia perniagaan teknologi menjangkakan bahawa hanya salah satu variasi iPhone 8 sahaja akan dilengkapi skrin OLED. Secara logiknya, paparan ini akan digunakan pada model iPhone 8 paling premium, manakala variasi lain masih akan menggunakan skrin LCD.
Sudah lama peminat iPhone menanti-natikan skrin OLED pada peranti kegemaran mereka. Namun dengan khabar ini nampaknya peminat Apple perlu bersiap-sedia menyediakan wang lebih bagi mendapatkan model premium sekiranya Apple benar-benar hanya mampu menawarkan skrin OLED pada satu variasi sahaja.