Peranti iOS Mempunyai Kadar Kegagalan Lebih Tinggi Berbanding Android

1Blancco Technology Group mengeluarkan satu laporan yang cukup menarik. Menurut kajian mereka, peranti iOS mempunyai kekerapan untuk gagal lebih tinggi dari Android, satu tanggapan yang pada kebiasaanya terbalik pada minda pengguna.

Dari laporan mereka, iPhone dan iPad mencatatkan kadar kegagalan 62% manakala Android menunjukkan kadar yang jauh lebih rendah, pada 47%. Model iPhone 6 merupakan penyumbang terbesar kepada peratusan kegagalan peranti iOS, dengan catatan 13%, diikuti iPhone 6S (9%) dan iPhone 5S (9%)

leeco-le-2Di bahagian Android pula, peranti LeEco 2 menduduki tempat pertama dalam senarai ranking peranti yang gagal, diikuti peranti Xiaomi Redmi 3S dan Redmi Note 3, kedua-duanya menyumbang 9% statistik. Masalah kegagalan yang dimaksudkan di dalam laporan ini termasuklah kegagalan aplikasi untuk dilancarkan secara normal, crash, lag dan lain-lain.

Macam mana pula pengalaman anda sebagai pengguna? Adakah sebagai pengguna Android / iOS anda kerap meghadapai masalah kegagalan peranti yang dinyatakan ini?

You might also like