Lenovo Memenangi 14 Anugerah Di iF Design Award 2018
Lenovo jenama yang dipercayai dalam industri perkomputeran hari ini dengan bangganya mengumumkan beberapa produk keluaran mereka telah dinobatkan sebagai pemenang di acara iF Design Award 2018 yang lalu.
Sejumlah 14 anugerah telah dibawa pulang, dua daripadanya adalah konsep inovatif dan selebihnya adalah daripada segi reka bentuk. Produk yang terlibat adalah Lenovo ThinkPad X1 Tablet, Lenovo Miix 630, Lenovo ThinkVision X24, Lenovo Mirage Jedi Challenges, dan tujuh produk-produk yang lain. Sementara untuk dua anugerah konsep inovatif, ia dimenangi oleh Lenovo SmartVest, pakaian pintar ECG untuk jantung pertama di dunia dan Lenovo Medicine Card, kad yang boleh mencetak untuk membantu pesakit mengambil ubat-ubatan.
iF Design Award telah mula diperkenalkan sejak 60 tahun yang lalu bertujuan untuk menilai reka bentuk produk-produk seperti komputer sehingga ke kereta, perabot, seni bina, dan batu permata.