
Rasmi! Bertemu Xiaomi Mi 9 @ 20 Februari 2019 Nanti!
Susulan dengan ketirisan maklumat mengenai pewaris baharu Xiaomi – Mi 9, kini telah mendapat pengesahan dari pihak Xiaomi bahawa peranti ini bakal dilancarkan pada 20 Februari nanti.
[ [Ura-Ura] : Xiaomi Mi 9 Dijangka Dilancarkan Bulan Februari Ini? ]
Melalui gambar poster yang dikongsi di laman MIUI, Mi 9 hadir dengan tri kamera utama dan dijana cip pemproses Snapdragon 855. Ura-ura spesifikasi seperti sokongan pengimbas cap jari dalam skrin, pengecasan pantas, rangkaian 5G dan sebagainya akan dikenalpasti pada pelancaran nanti.
Bagi pengetahuan anda, siri Samsung Galaxy S10 juga akan membuka tirai pada 21 Februari (waktu tempatan) ini.
[ Spesifikasi Lengkap Siri Samsung Galaxy S10 Tertiris! ]
Xiaomi juga akan mengambil bahagian dalam acara tahunan MWC 2019 pada akhir bulan ini, jadi mungkin Mi 9 juga akan membuat debut global tidak lama lagi.


