BERITA BAIK! OPPO A3s (3GB RAM + 32GB ROM) Kini Turun Harga – RM599

6553
- Iklan -

Siapa kat sini peminat setia telefon pintar OPPO? SILA ANGKAT TANGAN! OPPO hari ini mengumumkan harga jualan baru untuk model OPPO A3s (3GB RAM + 32GB ROM) – RM 599 (Harga asal : RM899) bermula Februari ini.

Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya secara terus menerusi kedai konsep rasmi OPPO di seluruh Malaysia. Sebagai alaternatif, anda juga boleh membelinya menerusi gedung membeli belah atas talian seperti Lazada dan Shopee.

Sekadar makluman, OPPO A3s hadir dengan skrin bersaiz 6.2-inci beresolusi HD+. Peranti pintar ini dijana oleh cipset Snapdragon 450 bersama bersama memori sebesar 3GB RAM dan storan sebesar 32GB.

Daripada segi kualiti penggambaran pula, kamera utama peranti pintar ini hadir dengan gabungan sensor 13MP + 2MP manakala kamera swafotonya pula 8MP disamping bateri 4,230mAh.