Digi & Rakan Program Future Skills For All Melancarkan Cabaran Pengaturcaraan Untuk Pelajar Sekolah!!

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) bersama rakan program Future Skills for All (FS4A), iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), UNICEF dan ARUS Academy (ARUS) mengajak pelajar Malaysia menyertai ‘Pertandingan Pengaturcaraan #BolehCode’ yang dilancarkan baru-baru ini. Pertandingan ini, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif #BolehCode, bertujuan memupuk minat generasi muda khususnya terhadap kemahiran digital.  

Pertandingan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori pelajar Tahun 3-6 bagi cabaran Micro:bit Makecode, dan kategori pelajar Tingkatan 1-4 bagi cabaran HTML, Python dan SQL. Para peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM20,000.

Pertandingan akan bermula dengan pusingan peringkat negeri dari 13 hingga 17 September 2021 dan kemuncaknya adalah cabaran peringkat kebangsaan dari 4 hingga 15 Oktober 2021. Digi, bersama rakan program FS4A, juga melancarkan Kempen Duduk Rumah iaitu siri bengkel dalam talian dan sesi temu bual bersama profesional industri untuk membimbing pelajar menyertai pertandingan ini.

Pelajar atau sekolah yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan dan cara untuk mendaftar di sini: https://arus.cc/pekmaklumat-pertandingan-bolehcode

You might also like