
Lakaran vivo NEX 3 Kini Berlegar – Beri Gambaran Rekaan Hadapan & Belakang Peranti
Kecoh dilaporkan lakaran didakwa memaparkan vivo Nex 3 kini muncul. Imej tersebar secara tidak langsung memberi gambaran lebih dekat mengenai reka bentuk yang bakal dibawa oleh pewaris baru vivo ini – dedah rekaan hadapan dan belakang peranti.

Jika diteliti, rekaan sisi peranti membawakan binaan lengkungan yang unik – dikatakan mengambil inspirasi daripada betuk air terjun. Ramai yang berspekulasi, ia tidak akan mempunyai rekaan pop-up – berkemungkinan menyertakan kamera selfie di dalam paparan.
Binaan bezel juga hampir tidak wujud dan badan peranti juga terlihat sangat nipis. Bahagian belakang pula terlihat persediaan 3 kamera utama yang dibina dalam perumahan berbentuk bulat – rekaan itu dikatakan diilhamkan daripada jam tangan mekanikal.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors. Siapa tahu mungkin kita akan melihat lebih banyak ciri menarik lain pada masa akan datang? Sama-sama kita tunggu! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!
[SUMBER]

