[ Ura – Ura ] : Pra Tempahan Samsung Galaxy S20+ & Galaxy S20 Ultra Bakal Didatangkan Dengan Galaxy Buds+ Secara Percuma?

Samsung dijangka memperkenalkan sepasang earbuds tanpa wayar bersama pengenalan siri Samsung Galaxy S20 pada 11 Februari ini. Earbuds ini mungkin muncul dengan nama Samsung Galaxy Buds + dan memiliki binaan yang sama seperti versi sebelum ini tetapi kemasan warna berbeza. Spekulasi juga mengatakan harga dan ketersediaannya juga mungkin agak mahal – tetapi ada cara bagaimana untuk mendapatkannya secara percuma!

Memetik poster acah dikongsi oleh Evan Blass (@evleaks), Samsung mungkin memberikan sepasan Galaxy Buds+ secara percuma untuk setiap pra tempahan Samsung Galaxy S20+ dan Sasmung Galaxy S20 Ultra. Poster tersebar turut mendedahkan bahawa Samsung Galaxy S20 mungkin terdapat dapat pilihan warna Cload Blue, manakala Samsung Galaxy S20 Ultra pula dalam Cosmic Grey.

BUat masa ini tidak diketahui lagi mengapa Samsung hanya mengehadkan untuk pembelian Galaxy S20+ & Galaxy S20+ Ultra sahaja – tetpai tidak termasuk model asas, Samsung Galaxy S20. Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors, mungkin kita bakal mendengarnya lebih lanjut pada masa akan datang!

You might also like