[Ura-Ura] : Samsung Galaxy Z Flip Mungkin Sokong Chipset Snapdragon 855+ & Dwi Kamera Utama 12MP 

Samsung dikatakan dalam perancangam melancarkan generasi seterusnya untuk peranti lipat mereka – banyak khabar angin btersebar mendedahkan ia bakal dikenali sebagai Samsung Galaxy Z Flip dan kebocoran mengenainya juga kerap kedengaran sejak kebelakangan ini. Terkini, terdapat maklumat tertiris memberi gambaran lebih jelas mengenai peranti ini.

Kebocoran mendedahkan peranti ini mungkin menggunakan panel AMOLED dinamik yang dilapisi dengan Ultra Thing Glass (UTG) – ia sekaligus mungkin jauh lebih tahan lama berbanding ‘plastik’ pada Samsung Galaxy Fold sebelum ini. Peranti ini juga bakal dilengkapi sokongan pengimbas cap jari terbina pada sisi. Untuk perkakasan dalam, ia mungkin dikuasakan oleh chipset Snapdragon 855+ dan bukannya Snapdragon 855 seperti mana yang digembar – gemburkan sebelum ini.

Samsung Galaxy Z Flip mungkin didatangakn dengan dua lensa utama dengan sokongan lensa 12MP – seperti biasa ia terdiri daripad sensor modul biasa dan Ultrawide. Keljauan pengecasan berwyar adalah 15W. Ia juga menyokong keupayaan tanpa wayar dan pengecasan berbalik tetapi maklumat mengenai kelajuan pengecasan belum diketahui.

You might also like