Orang Pertama Berjaya Menangkap Kesemua Watak Pokemon Di AS

Permainan Pokemon Go ternyata mempunyai aura yang sangat luar biasa sehingga menjadi kegilaan di seluruh dunia. Buktinya, tidak sampai sebulan dilancarkan, seorang pemain Pokemon Go dari Brooklyn, Amerika Syarikat telah berjaya menangkap kesemua watak animasi itu.

Nick Johnson, 28, dilaporkan telah berjaya menangkap kesemua 142 watak animasi yang boleh ditemui di sekitar AS. Pakar IT itu mengambil masa selama dua minggu untuk mencari kesemua raksasa digital itu. Johson memberitahu lagi, dia pernah berjalan selama 8 jam tanpa henti hanya untuk mencari Pokemon itu.1

Selain itu, aplikasi kesihatan di smartphonenya juga menunjukkan dia telah berjalan sejauh kira-kira 12 kilometer setiap hari untuk menangkap Pokemon. Oleh kerana kegilaannya itu juga, berat badannya telah menurun sebanyak 4 kilogram. Sementara itu, Johnson kini bakal memulakan jelajah dunia untuk menangkap banyak lagi watak animasi itu.

Apa yang menariknya, kos perjalanannya menangkap Pokemon itu bakal ditaja oleh sebuah agensi pelancongan. Berdasarkan video permainan asli Pokemon, jumlah keseluruhan watak animasi tersebut adalah 151. Bagaimanapun, tiga watak pokemon lain hanya boleh didapati di negara lain iaitu Farfetch’d (Asia), Kangaskhan (Australia) dan Mr. Mime (Eropah). Manakala enam lagi watak Pokemon Articuno, Ditto, Mew, Mewtwo, Moltres dan Zapdos masih lagi belum dilihat di mana-mana.2

You might also like