LeEco Dan Coolpad Bakal Lancar Model Terbaru Cool1 Pada 10 Ogos Ini

1Berita mengenai kerjasama antara LeEco dengan Coolpad dalam menghasilkan sebuah siri peranti terbaru sudahpun tersebar sebelum ini. Perkara ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan LeEco merupakan pemegang terbesar di dalam syarikat Coolpad. Tidak dinafikan sebelum ini juga sudah terdapat ketirisan imej panel belakang peranti tersebut yang dikatakan bakal tampil dengan nama LeCool, tetapi tiada sebarang maklumat lanjut yang berjaya diperolehi.

Nampaknya segala persoalan tentang siri terbaru telefon pintar hasil kerjasama dua syarikat tersebut bakal terjawab apabila LeEco dan Coolpad telah berkongsi teaser pertama model tersebut kepada umum. Apa yang pasti, nama yang bakal digunakan pada model terbaru itu bukanlah LeCool sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini, tetapi keputusan rasmi telah dibuat untuk menamakannya sebagai Cool1 sebagaimana yang dapat dilihat melalui teaser itu.

pic 2Menurut maklumat yang diterima dari sumber tidak rasmi, Cool1 akan dirasmikan pada 10 Ogos nanti dan menampilkan sokongan spesifikasi terbaik seperti dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 820, RAM berkapasiti 4GB, memori dalaman sebesar 64GB, bateri berkapasiti 3500mAh, dan juga paparan skrin 5.5 inci beresolusi QHD.

Cool1 yang dioperasikan dengan Android 6.0 Marshmallow ini juga turut menawarkan dua pilihan antaramuka iaitu LeEco EUI dan juga CoolUI. Walau bagaimanapun tiada maklumat berhubung harga didedahkan buat masa ini.

 

You might also like