
Biasanya kalau ingin membeli peranti atau aksesori, anda akan pergi ke kedai fizikal atau membeli di laman e-dagang. Supaya pengguna boleh membeli dengan selamat tanpa sebarang penipuan berlaku, Huawei mengambil keputusan melancarkan kedai atas talian mereka tersendiri.
Tujuan utama Huawei Shop adalah ingin memudahkan pengguna mendapatkan semua informasi produk melalui laman rasmi Huawei, sekiranya berminat boleh terus membuat pembelian tanpa melayari platform lain. Huawei Shop menerima akaun VMall untuk daftar masuk.

Walaupun Huawei tersedia dengan kedas atas talian ini, tetapi laman e-dagang yang lain termasuk Lazada, 11street, Shopee dan sebagainya masih beroperasi seperti biasa. Anda yang lebih biasa dengan laman e-dagang yang sebelumnya, masih boleh membeli melalui sana.
Imbas kod QR mengakses Huawei Shop ↓↓↓


