Xiaomi Berkongsi Barisan Telefon Pintar Yang Bakal Menerima Kemas Kini MIUI 9.5

Ciri-ciri menarik pada MIUI 9

Xiaomi telah menawarkan kemas kini paparan antara MIUI 9 sejak beberapa bulan lepas, dan terkini pihak Xiaomi turut mengumumkan barisan telefon pintar yang akan menerima kemas kini MIUI 9.5 bermula penghujung Mac 2018 ini.

Kemas kini MIUI 9.5 ini akan mula ditawarkan bermula penghujung Mac 2018 untuk telefon pintar Redmi Note 3, Redmi Note 4, Mi Max, Mi Max Prime, Redmi 3S, Redmi 4 Prime dan juga Redmi 4A.

Manakala pada bulan April, Xiaomi akan menawarkan kemas kini yang sama untuk Redmi Note 5A Prime, Redmi Note 5A, Redmi 5A, Redmi 5 Plus, Redmi Note 5, Redmi 5, Mi Max 2, Mi 5, Redmi 4X, Mi 6 serta Mi MIX 2.

Kemudian pada penghujung April pula, Xiaomi menyasarkan pengenalan MIUI 9.5 untuk Mi Note 2, Mi 5s, Mi MIX, Mi Note 3, Mi 5s Plus, Redmi Note 2, Redmi 3, Redmi 4, Mi 3 dan juga Mi 4.

Sumber

You might also like