Ambil & Kongsi Gambar Swafoto Yang Cute & Kelakar Dengan Pelekat AR Pada vivo V9

Umum mengetahui vivo V9 akan dilancarkan di Malaysia pada hujung bulan ini. Ia adalah sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada pengguna yang gemar mengambil gambar swafoto, di mana ia menyokong teknologi AI Face Beauty yang telah diintegrasikan ke dalam kamera swafotonya.

Dengan teknologi baru ini, vivo V9 mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto. Lebih istimewa, untuk memberi lebih keseronokan semasa mengambil gambar swafoto, telefon pintar ini telah hadir dengan pelekat AR yang comel dan kelakar untuk kamera hadapan vivo V9.

Dengan Pelekat AR ini, pengguna boleh memilih pelekat yang disukai sebelum mengambil gambar swafoto ataupun membuat rakaman video. Kini anda boleh berkongsi gambar swafoto dengan pelbagai pelekat AR menarik bersama rakan-rakan di laman sosial. Layari Facebook vivo Malaysia untuk berita terkini mengenai vivo V9.

Korang yang berminat, boleh la beli di sini ↓ ↓ ↓

You might also like