OPPO A71 (2018) Berharga RM699 – Dijual Bermula 22 Mac 2018

Sebelum ini, kami ada menulis artikel mengenai peranti terbaru OPPO A71 (2018) yang akan diperkenalkan di pasaran tempatan. Hari ini, OPPO Malaysia telah mengumumkan harga rasmi bagi telefon pintar ini adalah berharga RM699. Ia akan mula dijual bermula 22 Mac 2018 dan eksklusif untuk telco Digi serta kedai rasmi OPPO.

Model sebelum ini hanya menyokong memori 16GB ROM dengan 3GB RAM. Tetapi model versi peningkatan ini telah menawarkan versi 32GB ROM dengan 3GB RAM. Spesifikasi lain yang disokong oleh peranti ini adalah menawarkan pemproses Snapdragon 450 yang hadir dengan GPU Adreno 506, ia turut menyokong Octa Core berkelajuan 1.8GHz.

Masih mengekalkan paparan skrin berukuran 5.2 inci beresolusi 1280×720 piksel, penggambaran OPPO A71 (2018) juga dikekalkan iaitu kamera utama 13 Megapiksel dengan aperture f/2.2, manakala kamera swafoto pula beresolusi 5 Megapiksel yang hadir dengan ciri A.I Beauty Recognition Technology.

Sementara itu, Digi turut menawarkan pelan bundle, di mana pengguna boleh mendapatkan OPPO A71 (2018) pada harga RM299 apabila menandatangani pelan Digi Postpaid 58. Maklumat lanjut boleh layari laman rasmi Facebook OPPO Malaysia.

You might also like