
OPPO A71 (2018), Model Peningkatan Versi Sebelumnya!
Bulan September tahun lepas, OPPO Malaysia telah memperkenalkan model A71 secara rasmi di pasaran tempatan dengan harga jualan adalah RM858. Terbaru, OPPO telah memperkenalkan model A71 edisi 2018 dengan beberapa spesifikasi yang telah dipertingkatkan berbanding model sebelumnya.
Menawarkan pemproses Snapdragon 450 yang hadir dengan GPU Adreno 506, ia turut menyokong Octa Core berkelajuan 1.8GHz. Selain itu, peranti ini turut menjanjikan peningkatan sebanyak 12.5% berbanding model sebelum ini.
Masih mengekalkan paparan skrin berukuran 5.2 inci beresolusi 1280 x 720 piksel dengan memori dalaman 16GB, sayangnya RAM telefon pintar ini telah direndahkan kepada 2GB berbanding 3GB pada model sebelum ini.
Bukan itu sahaja, penggambaran juga dikekalkan iaitu kamera utama 13 Megapiksel dengan aperture f/2.2, manakala kamera swafoto pula beresolusi 5 Megapiksel yang hadir dengan ciri A.I Beauty Recognition Technology.
Buat masa sekarang, masih belum ada sebarang maklumat bila telefon pintar ini akan menjengah pasaran tempatan. Sama-sama nantikan!

