
[Tertiris] Rekaan ASUS ZenFone 5 Gunakan Skrin 18:9 Dan Dwi Kamera

ASUS dijadualkan akan membuat pengumuman ZenFone 5 di acara MWC 2018 penghujung bulan ini. Tidak mustahil untuk model ZenFone 5, ia akan hadir dengan beberapa varian seperti generasi sebelum ini. Kini tersebar di arena sesawang menunjukkan salah satu rekaan model ASUS ZenFone 5.
Mengikut rekaan manual daripada pengeluar ini, ASUS ZenFone 5 mungkin berada didalam kategori kelas pertengahan. Ini kerana ia tampil dengan rekabentuk sedikit moden berbanding model terdahulu melalui skrin hampir penuh 5.7-inci dengan nisbah 18:9. Menerusi bicu MicroUSB, ia menguatkan lagi peranti ini bukan sebuah model flagship.

Selain itu, sistem kamera di bahagian belakang menggunakan dwi sensor yang diletakkan secara menegak – berbanding modul kamera secara melintang seperti keluaran tahun lalu. Ia masih mengekalkan sistem pengimbas cap jari di bahagian belakang. Jika dilihat pada sensor di panel depan, mungkin peranti ini menyokong sistem pengecaman wajah.
Bagaimanapun, segala kepastian akan terjawab sehingga pengumuman rasmi dibuat pada MWC 2018 depan.

